30 November 2011

Cukupkan Simpanan Kecemasan




Kali ini kita bercerita mengenai simpanan kecemasan. cukupkah wang simpanan kita, adakah anda tahu apa itu simpanan kecemasan dan berapa pentingkah simpanan kecemasan itu. pada pendapat aku simpanan kecemasan tersangatlah penting, pada masa-masa tertentu
  ia amat memerlukan dan diperlukan, pada waktu bila simpanan sangat penting bila "diberhentikan kerja, bisnes mengalami masalah & turun naiknya ekonomi pada masa sekarang ni yang makin teruk".

Sekurang-kurangnya jumlah simpanan kecemasan itu boleh cover kita selama 3 bulan dan lebih baik 6 bulan. ok dimanakah tempat yang sesuai untuk meletakkan simpanan kecemasan kita. ia sebenarnya bergantung kepada kita untuk diletakkannya, pada aku tempat yang sesuai yang tidak menggunakan "ATM CARD". boleh disimpan dalam buku pelaburan ASB atau Tabung Haji...

Alamak duit tak cukup lah nak simpan, cukup makan pakai je ni, asal dapat gaji mesti habis itu alasan yang biasa kedengaran bagi orang yang langsung tak ambil kisah, ada pepapatah mengatakan "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" tak apa asalkan sikit nilainya tetap ada. kita harus pandai berbelanja dan merancang pelan keuwangan kita itu yang terbaik.

No comments:

Post a Comment