06 December 2011

Member sepak terajang

Sekadar gambar hiasan


hari ni nak cite pasal member baik korang, member lama korang, yang dah lama tak jumpa. pasti korang ada member rapat yang gila gila 2 x 5 korang. dan dah lama korang tak jumpa bila jumpa sampai nak peluk guling guling kan kan, nak sepak terajang pun ada huhu. kadang kadang ni bukan apa kita ada kenangan masa kita susah dan senang, pahit manis apa orang cakap warna warni kehidupan dalam bersahabat.

macam aku sendiri ada member yang aku rasa happy bila diorang ni ada masa susah ada masa senang pun ada. tu namanya kawan yang boleh kita percayai boleh mencurahkan kasih uiihhhh curah kasih apa ni, kasih sebagai member ler. maksudnya sudi ringankan tangan dan sudi kempeskan poket diorang kehkehkeh.

tapi ada juga member yang susah nak tolong bila kita susah dan ada juga melupakan pertolongan yang telah kita berikan. kalau ada member macam ni bila senang ada je mana mana tapi  bila susah haram batang hidung pun lesap. kebanyakannya dalam bersahabat macam tu "this is reality" tapi bukan semua, masih ramai member yang sudi hulur bantuan bila kita susah aku "respect" member macam ni that call "friendship". yang penting sekali mendoakan kesemua member member kita yang terbaik bagi aku, tak kiralah siapa dia beperagai macam mana pun.

No comments:

Post a Comment